Lencana Facebook

Image Hosted by ImageShack.us
  Mesej dari Kotak Pesanan (Mang, Amran, Rizal, Rohaidar, Fatma Mohd.Khalid)

Posted by . | 3:19 AM | | 0 comments »

 

Nama: Mang
Alamat Email : azman617@gmail.com
Perkara: Tq Amran & Rizal

Mesej: Kalau kita baca cerita Amran Aris tentang pertemuan dengan Rizal tu nampak macam cerita biasa je. Cerita kawan jumpa kawan.Itu saja. Tapi kalau dah hampir 20 tahun tak jumpa berita seperti itu ternyata terlalu tinggi nilai emosinya. Amat menarik dan ada feel seolah-olah macam kita turut sama berada di situ. Harapan saya moga-moga sape-sape yang ada berita seperti ini ceritakan di ruangan ini. TQ Amran & Rizal. From azman abdullah PSR/PM 87-89  Cool

 

Nama: Amran Bin Aris
Alamat Email : amranaris67@yahoo.com.my
Perkara: Berjumpa Rizal (PSR-PM: 87-89).. Imbi Plaza

HappySalam kepada sahabat-sahabat ExMPIK. Sebenarnya dah lama jugak aku tak menjenguk blog ni..sedikit sibuk menyelesaikan rutin harian yg tiba-tiba jadi extraodinary... Dan aku percaya rakan-rakan lain juga sibuk dengan tuntutan tugas disamping keluarga. Mudah-mudahan dipermudahkan kerja.. Insyallah.
Baru-baru ni.. aku ke KLCC.. ada pameran Pecipta anjuran KPT/UM.. kebetulan dah berada di KL.. teringatkan sahabat exmpik yang dah hampir 18 tahun aku tak jumpa, Rizal (87-89:PsrPM). Bila dah lama x berjumpa tu.. tau-tau aje lah...Perubahan fizikal masing-masing. Bila dah terpandang susuk badan, masing-masing tergelak ketawa. Masa bujang trang tang-tang dan ala-ala rock gitu.. slim je! Tapi Rizal x banyak berubah.. Kalau berubahpun dari segi saiz yang semakin membesar!...Tapi tetap macho…Hi..hi.. Jgn mare yek! Rizal…. Samalah jugak macam aku nie.. rasa berat badan semakin bertambah.. saiz pinggang semakin mengembang… Yelah.. kalau dulu berat 50 ke 60 kg je!.. saiz pinggangpun area 27-30… tapi itu cerita 20 tahun lalu..Day dreaming
Skg ni.. dah bermacam-macam perubahan yang berlaku... Agaknya mesti seronok bila dpt buat “gathering”…Dapat melihat "pembesaran, pembuncitan, kelicinan, perubanan, kehilangan[gigi] dan etc) sesame kite. Sebenarnya perubahan inilah yang akan menyeronokkan perjumpaan kita nanti (itupun kalau ada sahabat2 yg volunteer nak organize).
Berbalik kepada perjumpaan aku dgn Rizal…. Dari dulu sampai le skg… warung mamak tetap menjadi pilihan… Kalau dulu… tempat ngeteh kat Doraisamy (dekat dgn kompleks wilayah). Kali ni kedai mamak kat Imbi Plaza.. berdepan dgn Time Square menjadi pilihan. Cerita kami banyak berkisarkan tentang cerita-cerita lama di MPIK dulu.... kisah2 bermotorsikal..*****, **** dan suasana belajar MPIK. Disamping tu adalah juga cerita keluarga masing-masing.
Dan satu perkara yang agak mengejutkan Rizal ialah beliau baru tahu mengenai kematian Aloi (Suhalil Asmawi 87-89 PSR(MU-K8) melalui blog ini. Arwah Aloi bukan shj. rakan sekuliah malahan merupakan sahabat sepermotoran kami… dan kali terakhir arwah menghubungi aku iaitu di sekitar tahun 1999.. kata arwah .. nak menyambung pelajaran kat UPSI nak ambil P.Seni. Tapi hasrat arwah x kesampaian… Seingat aku.. semasa kami di tahun akhir(1989), pihak MPIK ada menganjurkan program menderma darah dan kami sekumpulan terlibat menderma darah termasuklah arwah. Selepas seminggu.. arwah ada menerima surat dari pihak hospital.. yg mengatakan kemungkinan arwah mengidap hipetitis B. Tapi masa tu x lah nampak serius….Dan selepas tu, aku x dapat nak mengikuti perkembangan arwah.. sebab masing-masing telah dipostingkan. Mudah2an dicucuri rahmat ke atas roh beliau… Al Fatihah…Amin.
Kepada Rizal… Insyallah.. kalau ada kelapangan dan diizinkan Allah SWT... kita akan berjumpa lagi…
Salam.... Amran bin Aris (Psr-Mu: 87-89)

Nama: Rizal
Alamat Email : rizla6655@yahoo.com
Perkara: T.Q. Amran Aris.(yan)
Mesej: Terima kasih banyak2 kepada yan yg sudi datang jumpa aku kat KL.Yang pasti yan dari dulu lagi mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.Blog ini dapat menyatukan kawan2 yg dah lama terpisah.Walaupun sekarang kita bertemu dalam situasi yg berbeza, tapi ia sesuatu yg sangat bererti bagi kita yg menghargai persahabatan.Kpd eussof( Hamid Albar) 20hb.okt ni jadi tak datng KL. Jangan lupa ajak lan buntal sekali...Asskum.


Nama: rohidar bin yahaya
Alamat Email : rohidar5
Perkara: member psrpi k10
Mesej: kepada member lama yang kenai wa contact contact la tapi selalunya mesti kenai punya tapi semua dah tua2 la hehehe tahun 86-88

Nama: fatmah hj mohd khalid
Alamat Email : fatmahkhalid@yahoo.com
Perkara: ppak mu ( 83-85)
Mesej: kalu yg junior lebih dikenali dgn panggilan kak cik. satu kelas dgn pak ngah (azmi). sama kelas dgn azmi, hakim, raman, ...bahiyah ,li ming ,helen  .....

0 comments

Sampaikan Pesanan Anda


Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]