Lencana Facebook

Image Hosted by ImageShack.us
  Pendahuluan

Posted by . | 12:20 AM | , | 0 comments »

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kepada semua warga ex-mpik, tidak kira di mana anda berada, semoga-anda semuanya beroleh kesejahteraan dalam hidup. Izinkan kami memohon kemaafan kerana membangunkan blog ini tanpa kebenaran dan persetujuan anda semua.
Ini merupakan sebuah laman blog tidak rasmi untuk bekas-bekas pelajar, penuntut, guru pelatih dan juga pensyarah-pensyarah yang suatu ketika dulu pernah bersama-sama berganding bahu mencapai aspirasi negara dalam membentuk kita semua menjadi seorang pendidik yang berjaya.
Kami percaya ramai di luar sana yang sangat-sangat merindui suasana ketika di MPIK.... banyak kenangan dan nostalgia yang masih terpahat di hati sanubari. Oleh itu marilah kita bersama-sama tautkan kembali tali silaturahim antara kita yang sudah lama terpisah. Mudah-mudahan dengan adanya blog ini, kita dapat mengerat ukhwah yang satu ketika dulu pernah terjalin. Insyallah
Kepada ex-MPIK, kami tidak pasti samada alumni MPIK sudah diwujudkan ataupun tidak. Bagi kami, kewujudan blog ini hanyalah untuk mengumpulkan seberapa ramai bekas-bekas pelajar MPIK. Anda hanya perlu mengisi maklumat diri di sini dan ia akan dipaparkan di sini. Oleh itu, bagi mereka yang ingin mencari sahabat-sahabat lama ex-mpik boleh mencarinya di sini berdasarkan sesi tahun, kursus, kumpulan dan etc. Disamping itu bagi mereka yang mempunyai cerita dan gambar-gambar lama untuk diuploadkan di sini, anda dipelawa untuk menulis coretan. Kirimkan saja alamat email anda, akan kami berikan authority untuk menulis. Ataupun tuliskan sahaja di dalam kotak "Pesanan Anda". Insyallah  akan kami siarkan.

Semoga usaha ini mendapat keberkatan dari Allah SWT.. Amin

0 comments

Sampaikan Pesanan Anda


Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]