Lencana Facebook

Image Hosted by ImageShack.us
  Sampaikan Pesanan Anda: MEMORI LORI SAMPAH...! Kenangan 88-90

Posted by . | 4:24 PM | | 1 comments »


Nama: jebat adernyer
Alamat Email : mnoer_media@yahoo.com
Perkara: MEMORI LORI SAMPAH...! Kenangan 88-90
Sahabat-sahabat exMPIK ni satu lagi crita nak story kat korang… rasanya pengalaman ni tak de sorang pun yg jangka, dan pastinyer akan jadi sejarah dalam idup org yg mengalaminya… (aku la tu..) 
Intake 88/90 sepatutnya daftar 11 Julai 1988 (betol tak?) tapi nak jadi criter lagi… family aku sudah hantau aku sehari lebih awal.. maklom je la… telampau ghairah agaknyer nak jadik cikgu muzik…
Sampai kat maktab (ari tu ari minggu) yg ader cumer 2-3 org senior termasukla bro Hamim.. memandangkan semua urusan kener setel esok… so, aku tumpangkan beg2 aku dgn beledi dan lain2 pekakas kat bilik bro ni. Pas tu aku dihantar tumpang bermalam di umah sedara aku kat Flat Pekeliling dengan harapan esok bleh dia tolong hantaukan aku ke maktab.
Esoknya, pepagi lagi aku dah siap. Aku bonceng motorsikal dia ke Taman Tasik Titiwangsa (pejabat dia.. nak punch-in) pas tu dier ajak aku naik satu kenderaan yg besau yg tak terbayangkan aku… LORI SAMPAH DBKL tuu…… aku duduk depan dgn dier menuju ke MPIK…. Hadoyaaiiii !!! tp aper nak buat… kiter harap ehsan orang… ikut jer ler…. Sampai depan maktab, pak guard tu hingat orang DBKL nak amik sampah… siap suroh kereta lain berenti… nak bagi kitorang masuk dengan SELESA…. Tup-tup sampai depan blok b, aku pon turun dgn kemeja, seluar slack dan bimbit fail peribadi… dengan langkah yang megah menuju ke arah dewan.. Kat depan tu, brader dgn sister senior dah tunggu jer…. Nyambut aku dengan penuh MESRA dan konfius agaknyer… “mamat ni freshie ker pegawai DBKL nih…” aku buat maaannn jer.. Dalam ati aku….. perggghhhhh!!! Malunyer…orang lain, datang dengan family naik kereta tapi aku… sesorang jer… naik LORI SAMPAH DBKL…!
Tapi aku redha… dah memang bahagian aku… Cuma aku risau.. kalau panjang umor aku… time nak pencen sok.. orang BTPN nak wat video klip sejarah idup aku…. Mesti diorang tak sanggup belakon naik LORI SAMPAH tu…. MEMORI YANG TAK AKAN AKU LUPAKAN... (anak-anak aku pon tak tau cerita nih.. malu geng... !)

1 comments

  1. Cheguman // September 8, 2009 at 8:31 PM  

    Mat Noer@jebat,
    Sungguh terharu aku membaca sejarah perjuangan engko untuk memasuki MPIK. Betapa tingginya budi sedara nko tu, jangan nko lupa walaupun nko dah jadi pegawai BTPN.

    Sebenarnya akupun ada rahsia nak share, yang ada kaitan dengan citer nko tu.

    Ceritanya begini...
    Sebenarnya, aku tiba sehari lebih awal dari nko. Bermakna dakwaan bahawa nko paling awal tiba tu gugur dengan sendirinya.

    Kisah nie aku tak pernah citer kat orang lain selain nko.

    Dipendekkan citer, oleh kerana aku tiba awal sangat maka terpaksalah aku menumpang tidur di pondok jaga MPIK tu. Dan, oleh kerana baju kemeja aku hanya ada sehelai, maka terpaksalah aku pinjam uniform jaga tu pada pagi engko tiba dengan lori DBKL tu.

    Err... sebenarnya, yang nko sangka jaga tu, tak lain dan tak bukan adalah...

    waa... terharu.. terharu...

    (sori erk.. gurau je.. bulan pose.. bebudak dah balik.)

Sampaikan Pesanan Anda


Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image:
[ Refresh Image ] [ What's This? ]